Oleh: Asy Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin
[Di dalam kitab  beliau Riyadhus Shalihin, Al-Imam An-Nawawi -rahimahullah- membawakan  tiga buah hadits yang berkenaan dengan puasa sunnah pada bulan Muharram,  yaitu puasa hari Asyura / Asyuro (10 Muharram) dan Tasu’a (9 Muharram)]
Hadis yang Pertama
Dari Ibnu Abbas -radhiyallahu ‘anhuma-, “Bahawa  Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada hari ‘Asyura dan  memerintahkan untuk berpuasa padanya”. (Muttafaqun ‘Alaihi).
Hadis yang Kedua
Dari Abu Qatadah -radhiyallahu ‘anhu-, bahawa  Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang puasa hari  ‘Asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu  tahun yang lalu”. (HR. Muslim)
Hadits yang Ketiga
Dari Ibnu  Abbas -radhiyallahu ‘anhuma- beliau berkata: “Rasulullah shallallahu  ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka  aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (HR. Muslim)
"Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura,  baginda menjawab, ‘Menghapuskan dosa setahun yang lalu’, ini pahalanya  lebih sedikit daripada puasa Arafah (yakni menghapuskan dosa setahun  sebelum serta sesudahnya). Bersamaan dengan hal tersebut, selayaknya  seorang berpuasa ‘Asyura (10 Muharram) disertai dengan (sebelumnya,)  Tasu’a (9 Muharram). Hal ini kerana Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam  bersabda, ‘Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa  pada yang kesembilan’, maksudnya berpuasa pula pada hari Tasu’a.
Dari  Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda, "Puasa yang paling afdhol  setelah bulan Ramadhan adalah bulan Allah al-Muharram dan sholat yang  paling afdhol setelah solat fardhu adalah solat malam.”
[HR Muslim]
Penjelasan
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan  untuk berpuasa pada hari sebelum mahupun setelah ‘Asyura [1] dalam  rangka menyelisihi orang-orang Yahudi karena hari ‘Asyura –yaitu 10  Muharram- adalah hari di mana Allah selamatkan Musa dan kaumnya, dan  menenggelamkan Fir’aun dan para pengikutnya. Dahulu orang-orang Yahudi  berpuasa pada hari tersebut sebagai syukur mereka kepada Allah atas  nikmat yang agung tersebut. Allah telah memenangkan tentara-tentaranya  dan mengalahkan tentara-tentara syaitan, menyelamatkan Musa dan kaumnya  serta membinasakan Fir’aun dan para pengikutnya. Ini merupakan nikmat  yang besar.
Oleh kerana itu, setelah Nabi shallallahu ‘alaihi  wasallam tinggal di Madinah, baginda melihat bahawa orang-orang Yahudi  berpuasa pada hari ‘Asyura [2]. Baginda pun bertanya kepada mereka  tentang hal tersebut. Maka orang-orang Yahudi tersebut menjawab, “Hari  ini adalah hari di mana Allah telah menyelamatkan Musa dan kaumnya,  serta celakanya Fir’aun serta pengikutnya. Maka dari itu kami berpuasa  sebagai rasa syukur kepada Allah”. Rasulullah shallallahu ‘alaihi  wasallam berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kalian”.
Kenapa  Rasulullah mengucapkan hal tersebut? Kerana Nabi dan orang–orang yang  bersama baginda adalah orang-orang yang lebih berhak terhadap para nabi  yang terdahulu. Allah berfirman, “Sesungguhnya orang yang paling berhak  dengan Ibrahim adalah orang-orang yang mengikutinya dan nabi ini  (Muhammad), serta orang-orang yang beriman, dan Allah-lah pelindung  semua orang-orang yang beriman”. (Ali Imran: 68)
Maka Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang paling berhak terhadap  Nabi Musa daripada orang-orang Yahudi tersebut, disebabkan mereka kafir  terhadap Nabi Musa, Nabi Isa dan Muhammad. Maka baginda shallallahu  ‘alaihi wasallam berpuasa ‘Asyura dan memerintahkan manusia untuk  berpuasa pula pada hari tersebut. Baginda juga memerintahkan untuk  menyelisihi Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ‘Asyura, dengan  berpuasa pada hari kesembilan atau hari kesebelas beriringan dengan  puasa pada hari kesepuluh (’Asyura), atau ketiga-tiganya. [3]
Oleh  kerana itu sebahagian ulama seperti Ibnul Qayyim dan yang selain beliau  menyebutkan bahwa puasa ‘Asyura terbahagi menjadi tiga keadaan:
1.  Berpuasa pada hari ‘Asyura dan Tasu’ah (9 Muharram), ini yang paling  afdhal.
2. Berpuasa pada hari ‘Asyura dan tanggal 11 Muharram,  ini kurang pahalanya daripada yang pertama. [4]
3. Berpuasa pada  hari ‘Asyura saja, sebahagian ulama memakruhkannya karena Nabi  shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk menyelisihi Yahudi,  namun sebagian ulama yang lain memberi keringanan (tidak menganggapnya  makhruh). [5]
Wallahu a’lam bish shawab.
(Sumber: Syarh  Riyadhis Shalihin karya Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin  terbitan Darus Salam – Mesir, diterjemahkan Abu Umar Urwah Al-Bankawy,  muraja’ah dan catatan: Al-Ustadz Abu Abdillah Muhammad Rifai)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar