Kamis, 07 Juni 2012

Hukum shalat dengan cara memejamkan mata dan menangis di saat sholat

Apakah hukum seorang hamba yang melaksanakan shalat dengan cara memejamkan mata, dimana dengan tujuan untuk mendapatkan ke khusyukan dalam shalat?

Satu lagi apakah batal shalatnya seorang hamba yang menangis pada saat menunaikan shalat?



Pertama:

Berikut ini terjemahan fatwa Ibnu Baz mengenai masalah itu:

Menutup mata saat shalat hukumnya makruh, dan bukanlah termasuk sunnah.
Sunnahnya (seorang yang shalat.pent) membuka kedua matanya, dan (boleh.pent)menutup mata saat diperlukan dan tidak apa-apa.

Akan tetapi yang sunnah adalah menundukkan kepala dan mengarahkan pandangan ke tempat sujud sehingga dia bisa khusyu’.



Ex. Pic.



Adapun menutup mata maka tidak disyariatkan, karena itu makruh.

Bahkan sebagian ahli ilmu berkata:
Itu (menutup mata saat ibadah.pent)termasuk perbuatan orang yahudi. Fatawa Nur Ala Ad-Darb 9/229

Tambahan.

Kedua:



Perbuatan menangis di dalam solat dibenarkan iaitu menangis kerana perasaan sedih yang tidak dapat dibendung. Bukan kerana mengada-ngada atau dipaksa.
Contohnya : kita akan dapat mendengar mereka yang memahami ayat al Quran apabila membaca ayat yang berkaitan dengan azab semasa solat lalu mereka akan menangis teresak-esak.

Dalil yang menunjukkan dibolehkan menangis di dalam solat dari hadith :

"AbduLLah bin Syikir katanya (yang bererti) Aku melihat RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam mendirikan solat sambil baginda teresak-esak bagaikan dadanya terdapat air mendidih di dalam cerek." (Hadith diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, serta Tirmidzi yang mengesahkannya)


Dan pernah juga Saidina Umar bin al Khattab radiyaLLahu anhu menangis ketika beliau membaca surah Yusof.

Berkaitan hukum tertelan air mata ...tertelan perbuatan tak sengaja, maka tidak batal solat dan puasa.




Sumber : http://salamdakwah.com/baca-pertanya...mkan-mata.html

1 komentar:

  1. Soal orang menangis dalam solat tidak akan dapat diselesaikan oleh ulama feqah. Kena bertanya pada ulama sufi atau pun tareqat baru tau jawapan yang sebenar. Ulama feqah hanya tahu hukum halal dan haram sesuatu perkara tapi mereka tidak mengetahui intipati atau pun tentang hal kebatinan seperti hati, rasa atau pun roh. Tangisan dalam solat itu bukan lah sesuatu yg dapat kita ada adakan sendiri. Ia ada lah natijah atau pun hasil dari jiwa seseorang itu yg memandang tepat kepada Tuhan dengan mata hati nya. Lalu pautan pandangan itu menimbulkan satu rasa dari makhluk kepada Khalik yg kemudian nya di balas dengan limpahan rasa pula dari Khalik kepada hamba Nya. Limpahan rasa itu lah yang menggoncangkan dada si hamba yg sedang bersolat tadi. Terasa satu nikmat yg amat bersangatan yg tidak dapat digambarkan dengan tulisan. Bagai orang yg makan cili hanya dia yg tau betapa pedas nya.

    Samada seseorang itu faham makna AL-Qur'an atau tidak itu bukan menjadi sebab mengapa dia bisa menangis. Kerana tangisan itu adalah natijah limpahan rasa dari Tuhan kepada hamba, bukan kena mengena dengan pemahaman erti Al-Qur'an. Orang Arab faham makna Al-Qur'an tapi bukan semua boleh menangis semasa solat.

    Sudah lumrah manusia akan menangis dalam banyak keadaan. Manusia menangis bila bersedih, atau semasa dalam kesakitan. Ramai wanita menangis kerana terlalu gembira. Jadi nya tidak hairan jika kita boleh menangis kerana memandang diri dzat Allah dengan mata hati kita

    Menangis itu seolah2nya menjadi satu cetusan rasa yg tidak dapat digambarkan dengan sesuatu bahasa atau perbuatan yg lain. Ia sebagai satu puncak dari segala perasaan yg tidak dapat digambarkan kekuatan atau kehebatan nya. Apatah lagi yg di pandang dengan mata hati nya itu adalah Tuhan pencipta segala alam ini. Jika Miss World itu sudah cantik, maka Tuhan lah yg mencipta kecantikan sejuta Miss World. Sudah tentu lah Tuhan terlebih cantik dari segala yg cantik. Maha cantik, maha penyayang, maha pengasih, maha pengampun, maha segala gala nya.... sebenar nya jika tepat pandangan mata hati itu kepada Allah, bukan setakat menangis malahan boleh menjerit dan meraung.... maka sudah tentu lah ulama feqah mengatakan batal solat... tapi siapakah kita yg hendak menolak limpahan rasa yang datang nya dari Tuhan sendiri?

    BalasHapus